Harta Pusaka Di Banyak Negeri

Q: Saya mempunyai sebuah rumah peninggalan arwah ayah di Selangor dan beberapa ekar tanah di Perak. Bagaimana saya ingin meguruskan harta-harta pusaka berikut? Pejabat Pusaka Kecil di negeri manakah yang harus saya pergi?

A: Menguruskan harta pusaka di beberapa negeri tidak payah sebenarnya. Anda tidak perlu pergi ke Pejabat Pusaka Kecil (jika harta kurang 2 juta) di setiap negeri tersebut.

Langkah pertama adalah mengumpulkan maklumat yang lengkap kesemua hartanah tersebut. Dalam kes di atas, rumah di Selangor dan tanah di Perak. Kemudian bolehlah pergi ke salah satu Pejabat Pusaka Kecil, sama ada di Selangor ATAU di Perak dan failkan kes pusaka kedua-dua harta tersebut di situ.

Contohnya anda pergi ke Pejabat Pusaka Kecil di Selangor dan memfailkan kes pusaka untuk kedua-dua harta tersebut sekaligus di situ, ATAUPUN anda pergi ke Pejabat Pusaka Kecil di Perak dan sama juga, anda memfailkan kes pusaka untuk kedua-dua harta tersebut sekaligus di situ, bergantung kepada keselesaan anda.

Lebih baik sekiranya memfailkan kes di tempat nilai hartanya paling besar, namun ia bukannya satu kemestian.

Semoga ianya membantu.




Comments

Popular Posts