Tiada Waris?

Assalamualaikum & Selamat Pagi ðŸ˜Š

Seronok tengok Jalan Amanah di TV Al-Hijrah semalam, 23 Oktober 2018 banyak sangat ilmu dapat.

Ilmu mengenai pengurusan dan pengagihan harta pusaka bagi yang mualaf, yang bukan beragama Islam & juga untuk yang murtad.

Tahukah anda bahawa yang beragama Islam ni, jika tiada waris beragama Islam, ke manakah harta pusaka itu anda akan diserahkan?

Sebenarnya perkara ni bukan tertakluk kepada yang mualaf je, tetapi yang dah lama Islam, yang lahir sebagai Islam, tetapi sebatang kara je di dunia ni.

Iye, susah nak jumpa yang sebatang kara ni, tapi ada ya, memang dia tiada waris langsung, atau semua warisnya sudah meninggal dunia, ha, tapi harta banyak, apa yang akan jadi kepada hartanya itu??

Yup, hartanya semua akan diberikan kepada Baitulmal jika tiada diberikan kepada sesiapa melalui hibah atau sebagainya, ianya akan diserahkan 100% kepada Baitulmal.

Namun jika ada ahli keluarga yang bukan beragama Islam menuntut harta tersebut, bagaimana pula? Tunggu post saya yang seterusnya. 

Comments

Popular Posts